Wednesday 16 December 2015

TEMUDUGA SPA : LATIHAN JURU X-RAY GRED U29


Hello Assalamualaikum! :) 
Hari ni nak share pasal interview spa(iv) 29 OCTOBER 2015 haritu.

Malam tu nak tidur pun tak lena babe! Hahaha memikirkan soalan abenda lah diorang tanya esok. Pusing kiri pusing kanan tak jugak lelap. hahahha

Oh ya lupa! Aku ditawarkan 3jawatan iaitu,
  • Latihan Juru x-ray
  • Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan
So aku pilih Juru x-ray sebab minat lebih kepada tu. Ade jugak aku baca perempuan tak elok jadi juru xray sebab boleh menyebabkan kemandulan. Benda tu tak tau betul ke tak tapi aku percaya rezeki Allah tu luas :) 



Okay sebelum pergi iv tu aku ade la buat research sikit, aku senaraikan eh :
  • 6Nama menteri dan jawatan yg dipegang
  • Nama menteri kesihatan
  • Nama timbalan menteri kesihatan
  • Carta organisasi SPA
  • Carta organisasi kkm
  • Misi & Visi kkm
  • Apa risiko menjadi juru xray
  • Tugasan juru xray
  • Kolej mana yang bakal ditempatkan bagi juru xray
  • Jangan lupa practice depan cermin cara perkenalkan diri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
29 OCTOBER 2015 
JAM 8.00pagi
ARAS 6, BLOK C, PUTRAJAYA

Hari tu semua orang datang dengan bersemangat. Semua cantik dan segak. Sempat lah gak cuci mata. Hahahah ala tapi kejap je dapat sebab no giliran aku, aku orang kedua. Kau rasa? Perghhh nervous nya tak tahu nak describe camne woi hahaha. 

Sebelum no aku sampai aku berdoa pada Allah agar dipermudahkan semuanya. Banyakkan berselawat. Tak henti2 berdoa sampai no giliran aku.

Okay no giliran aku sudah pun terpapar dekat benda alah tu hahaha. 

Bismillahirahmannirahim..
Dengan penuh semangat bangun, betulkan baju, betulkan tudung. Okay confident! (confident tu penting ok)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

First thing mesti la kene ketuk pintu kan. Okay aku pun ketuk sambil pasang telinga sebab nanti penemuduga akan cakap "masuk" and that time baru masuk ok. Tips ni. Haa ambik,ingat. Jangan lupa. Hahaha :p


So aku pun masuk dengan senyuman penuh keikhlasan. hahahah (ayat takleh jijik lagi eh?) Jangan lupa beri salam bagi beragam islam dan salam sejahtera pada yg bukan beragama islam.
Aku punya penemuduga 2orang. Sorang melayu sorang cina.
Penemuduga cina      : PC
Penemuduga melayu : PM


AKU : Assalamualaikum Tuan(sambil pandang penemuduga melayu)

         Selamat pagi Tuan(sambil pandang penemuduga cina)

PM   : Boleh beri saya file anda.

AKU : Ni Tuan :)

PC   : Dipersilakan duduk cik. Bag cik letak atas meja sebelah cik ya.

Aku : Terima kasih Tuan. (JANGAN duduk selagi dia tak jemput ya. andai kata lama sangat dia tak suruh duduk, minta izin nak duduk)

*sambil PM check file aku*

PC   : Okay saya perkenalkan diri, saya Encik Chan(ye kot dah lupa) dari SPA, sebelah saya pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia Encik (lagi lah aku tak ingat. hahaha)

AKU : Ok baik Tuan :) (senyum jangan tak senyum ok! :D )

PC  : Boleh beri saya no kp anda?

PC   : Cik Amy Ameelia ya. Ok awak berasal dari Klang. So macam mana jerebu hari ni?  Semakin baik ya? (soalan isu semasa, korang kene peka gak tau kawasan sekeliling cemana ;)

AKU : Ya betul tuan, semakin baik :)

PC   : Jadi apa yang anda lakukan untuk masa depan anda? 

AKU : (bagi jawapan yang jujur, jangan pura2 " just be yourself " :)

PM  : Dia cakap dekat PC "eh awak tengok ni, dia dapat surat tawaran dari Politeknik". dia akan masuk this month (23novermber) :O

AKU : Ya Allah! macam mana boleh terselit  ni weyyyy! MAMPOS!!!!!!!!!!!!!!!! (ok korang make sure dalam file korang tu hanya benda yang diminta sahaja ye, jangan campur dengan benda lain. Jangan jadi cam aku. haha )

PM   : So awak nak masuk yang mana sebenarnya ni? (pergh tanya pun macam nak marah :(  Nak masuk poli atau kolej kkm?

AKU : Saya lebih berminat nak masuk kolej bawah kkm tuan.

PC   : So awak dapat kos business right. Your parents pun peniaga kan? So nanti awak boleh sambung business diorang (ni dia saje nak test,nak tengok kita cemana. so korang jangan cepat give up tau)

AKU :(Alamakk.. macam ade clue2  tak dapat je ni. takpe lah buat yg terbaik. DONGIBAB!) Maaf tuan, tapi saya lebih berminat untuk menlanjutkan pelajaran dikolej kkm:)

PM  : (sambil tengok borang aku)

PM  : Ok baiklah. Apa itu juru xray?

AKU :Juru xray ialah pasukan yang menggunakan sinaran cahaya untuk merawat atau  mengesan kehadiran penyakit. (untuk penerangan lanjut boleh pergi  sini 

PM   : Merawat apa ya?

AKU : Merawat penyakit seperti cancer tuan.

PM  : Beri saya nama kolej latihan yang bakal ditempatkan bagi juru xray?

AKU : -Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh
         -Kolej Radiografi, Johor Bharu, Johor (ni ada dekat portal SPA)

PM  : Anda tahu tak apa risiko jadi juru xray?

AKU : Jika terkena sinaran, sel2 dalam badan kita akan mati sedikit.

PM  : Bukan sedikit ya yang akan mati, tapi banyak yang akan mati.

AKU : Baik tuan. (aduh boleh tersalah pulakk)

PM  : Ok, jika awak berada diluar bilik xray, apa yang anda nampak? simbol apa yang anda nampak diluar tu?

AKU :(2MIN jugak la aku diam. puas fikir abenda lah. sekali ting ting) Simbol "caution" radioactive tuan :)

PM  : (sambil senyum) hmm betul tu :)

PM  : Jika kita berada dalam makmal, apa benda yang untuk melindungi diri dari terkena sinaran?

AKU : Memakai kod sinaran yang disediakan dimakmal tuan :)

PM  : (sambil tutup file aku)

PC  : Ok, terima kasih.

AKU : (aku bangun dengan senyuman tanda lega, hahaha) Terima kasih tuan kerana meluangkan masa menemuduga saya dan saya harap saya diberi peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang xray dibawah kolej kkm. ( Korang nanti bagi ayat yang menunjukkan korang betul2 nak masuk bidang yg korang mintak tu nanti ya)

PC  : Jika awak dapat spa ni, nanti awak boleh la buat pilihan nak pergi spa atau politeknik  ya :)

AKU : Terima kasih tuan :) Saya minta diri dulu.

Selesai sudah.. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Pukul 9.00 dah balik. Tak sangka boleh secepat ni. hahaha


Okay setakat ni je aku boleh share dengan korang.
Semoga bermanfaat dan dapat membantu korang.
Btw, siapa yang bakal di-interview Good Luck. All the best!


Kalau ade ape2 soalan boleh je tanya kat ruang comment k ;)


-----------------------------------------------------------------------------------------------

29 NOVERMBER 2015

Selepas sebulan result temuduga pun keluar. Syukur Alhamdulillah berkat doa mama,baba dan family aku lulus temuduga dan dapat belajar kolej dibawah kkm. Untuk pengetahuan korang, masa ni aku baru masuk Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah seminggu. Dapat la merasa Minggu Suai Kenal.hahahah (penat gilaa)
So seminggu je la aku kat sana. Berat nak tinggalkan PSA. Nak tinggalkan roommate(kesian dia tidur sorang2 sekarang.haha) Tak apa lah mungkin rezeki aku dekat kolej kkm kan? :)
Sekarang aku ditempatkan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bharu.
Jauh beb :( tapi takpe lah leh jenjalan negeri orang. huhu



Okay lah itu sahaja. Terima kasih baca sampai habis. :)
okay byee Jumpa lagi :D